Popular Posts

Thursday 12 January 2012

RANCANGAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 3: WANG

BIDANG: Nombor Dan Operasi
TAJUK: Wang
STANDARD KANDUNGAN: Murid  dibimbing untuk;
                4.1- mengenalpasti ringgit dan sen.
MASA: 30 minit
STANDARD PEMBELAJARAN; Murid berupaya untuk;
(i) Mengenal pasti mata wang  Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.
(ii) Mewakilkan nilai wang:
                        (a) Sen hingga RM1.
                        (b) Ringgit hingga RM10.

EMK: KREATIVITI DAN INOVASI:
Mengenalpasti ciri, menterjemah idea, menghubungkait dan menganalisis persamaan dan perbezaan.
NILAI MURNI DAN SIKAP
Bekerjasama, jimat cermat, teliti, jujur, amanah dan bersyukur
KEUSAHAWANAN:
Mengaitkan penggunaan wang dalam aktiviti jual beli.
BBM:
Wang syiling dan wang kertas, kad gambar, dan lembaran kerja




MASA/LANGKAH
ISI  PERSEDIAAN
CATATAN
Set induksi

(2 minit)
Murid mendengar penerangan daripada guru tentang duit.
·         Kegunaan duit.
·         Jenis-jenis duit yang digunakan di Malaysia
( duit syiling dan duit kertas)
·         Nilai-nilai duit  seperti RM1, RM2
·         Di manakah duit boleh di perolehi?
( di bank)
·         Duit dihasilkan di Bank Negara Malaysia

Murid ditunjukkan dengan duit Malaysia dan duit Negara lain.

Murid diarahkan meneka yang mana satu duit Malaysia.


BBM
Duit Malaysia
Duit Indonesia
Duit India

BAND 1
Langkah 1
(5 minit)
Murid ditunjukkan beberapa contoh duit kertas dan duit syiling.

Murid dijelaskan mengenai cirri-ciri yang ada pada duit syiling
·         Warna
·         Jenis
·         Visual


BBM
Duit Syiling dan wang kertas
Langkah 2
( 5 minit)
Murid mengikut guru menyebut nilai duit yang dipamerkan.
·         RM1
·         RM2
·         RM5
Murid ditunjukkan cara menulis nilai duit dalam bentuk ayat matematik dan symbol.

Murid diarahkan untuk memadankan nilai duit dengan symbol di hadapan kelas.


BBM
Wang Kertas
Langkah 3
(10 minit)
AKTIVITI BERKUMPULAN ( PENGUKUHAN )

Padan dan Tampal

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

Murid melengkap kad jadual yang diberi .
·         Lengkap jadual yang diberi dengan memadankan gambar  dengan nilai wang yang sesuai.
·         Hasil kerja mereka akan dipamerkan dihadapan kelas.

Pentaksiran dijalankan.

BAND3
Langkah 4
(5minit)
AKTIVITI PENGAYAAN

Murid diberi lembaran kerja mengenai wang.

Murid diterangkan tentang cara menyudahkan latihan tersebut.
BBM
Lembaran kerja
Penutup
(3minit)
Murid menyanyikan sebuah lagu mengenai Wang.
( ikut rentak lagu Bapaku Pulang)

Bapaku pulang dari kerja
Bapaku beli kereta
Kereta mainan warna merah
Hanya sepuluh ringgit warnanya.

Pon pon poon pon pon poon pon pon pon…..
Ku dengar itu kereta Mama
Mama belikan sebiji kek
Ku tanya harganya lima ringgit.



No comments:

Post a Comment